PENGUMUMAN!!!

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua, kami telah berpindah dari
Putrajaya ke Batu Pahat, Johor.

Perniagaan online kami masih beroperasi. Bagi pelanggan yang berada di luar kawasan Batu Pahat, Johor kami juga menyediakan perkhidmatan pos (Citylink) kepada tuan/puan.

Sekian, terima kasih.


Kami menjual barangan baby terpakai seperti baby carrier, car seat,stroller,buggy,baby cot, buaian, walker, playpen dan macam-macam lagi barangan keperluan baby berjenama..Selamat mencuci mata..terima kasih..

Boleh hubungi saya sekiranya berminat: 012-7432382 Aida...(whatsapp / telegram / sms / call)

COD Batu Pahat, Johor
Perkhidmatan penghantaran / pos juga disediakan...(harga tidak termasuk kos penghantaran / pengeposan)...tq

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENCARI ITEM YANG MASIH AVAILABLE.....TQ

ABC Design (1) Aidil (4) Ammar (7) Available (11) Baby 1st (2) Baby Ace (1) Baby Carrier (18) baby chair (4) Baby Club (1) Baby Cot (194) Baby One (2) Baby Shield (6) Bassinet (2) Bebe Confort Loola (1) bonbebe (4) Boori Country (1) Britax (3) buaian (18) buggy (8) Capella (12) Car Seat (31) Cars (1) Casatto (1) chicco (2) CHILDCAR (1) Combi (7) cosatto (1) Cosco (2) Creative Baby (1) Eddie Bauer (1) fisher price (3) Freestar by bonbebe (3) Ganen (1) Gelite (1) Gelongsor (2) Geoby (1) Good Baby (1) Graco (1) Grow n Up (2) high chair (2) horse (1) Ibu (1) Ikea (6) Jalan (1) Katil Baby (194) Katil Dewasa (1) Katil Kanak-Kanak (3) Kayu Jati (1) kayu solid (2) kek (1) kerusi (4) kerusi malas (1) Kerusi Set (1) kesihatan (1) Kesihatan Ammar (1) Kraft (1) kuda (2) Latido (3) Lelong (6) Lerado (1) Little Bean (1) Little Tikes (7) Looney Tunes (1) Lucky Baby (9) Maclaren (1) mainan (2) Makanan (1) Mamalove (24) maxi cosi (7) Meja (5) Meja Kopi (1) Meja Makan (1) Meja Santai (1) Moksu (1) Mothercare (8) Mucci (1) peg perego (2) Peg Perego Pliko P3 (1) pengajaran (3) Pengalaman bersalin (2) Perasaan (1) Perkembangan Ammar (2) Playgym (1) Playpen (4) Playskool (7) PUKU (1) Puree (2) Quinny (1) Rocker (3) Rosewood (2) Safe N Sound (2) safety 1st (4) Safety Fits (2) Safety Gate (1) Scooter (1) sekolah (1) Silver Cross (2) Simple Dimple (1) Sofa Bed (1) Sold (344) step 2 (5) stroller (37) Sweet Cherry (2) Table Picnic (1) Taman Botani (1) The First Years (1) Toys (10) van (5) Walker (16) Zoo (1)

Usia anak-anak ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 28, 2012

::SeRoNoK MeReKa MaiN::

Assalamualaikum....

Malam tadi budak 2 orang nie seronok sangat main..menukang la, yg si abg sibuk nak buat bangunan la...yg si adik nie tukang kacau abg dia...dah cantik2 abg buat kene roboh kan dengan adik...Jom layan gambar dorg main..ibu ambil pakai hset jer..malas nak kuar kamera...so gambar x bape nak cantik sgt...


Hahahah...ape la abg jeling adik mcm tue...x puas hati ke???? aku saje jer sumbat puting tue, kalau x sume masuk mulut mainan yg keras2 tue..sudahnya gusi dia berdarah...


Yang ni abg pulak tgok kamera...adik sibuk main...ntah ape la yg nak dibuatnya...yg penting dia akan masuk mulut punye...


Dah siap bangunan abg....ibu tukang pegang adik...sbb adik memg suka musnahkan bangunan abg,...huhu...atas bangunan siap ada kete tau...jgn main2...

Jom kita cuci mata dengar gambar2 budak berdua nie...

 

 **sekian...cerita merapu aku pepagi nie....boring hari nie....**

Monday, November 26, 2012

PeRkemBanGan AdiK AmmaR...

Assalamualaikum...

Hai...lama rasanya x update blog...sibuk update barangan baby jek..ehhehe, skg adik ammar sudahpun berusia 9 bulan 10 hari...banyak jugak benda yang dia pandai n dah bertambah manja pulak tue...

Skg nie ammar dah pandai main pok mamai-mamai (abg aidil ckp) heheheh...yg btulnya pok amai-amai la....bila kita nyanyi jer dia pun tepuk la tgn...sambil senyum-senyum...pastu skg nie dia sgt suka berdiri kat kabinet tv tue...huh..memg agak penat jugak la nak kawal dia sekarang nie...bile kite ambil dia pegi lagi....adoi la...kalau ibu terlelap abg aidil la tukang kejut ibu...sampai pening pale ibu nak tido asik x jadi jerk....rasa mcm nak gantung jer tv tu n nak biar kosong jer kat ruang tamu tue....yg paling takut bila dia diri kat kabinet tv la sbb ada bucu kan....

Adik ammar skg nie tgah angkat-angkat montot dia, nak belajar diri kot...pantang nampak benda nak paut mesti dia paut untuk berdiri...tp ammar x pandai merangkak lagi...dia terus duduk jer...

Yang paling aku geram sekali, bile aku hilang drpd pandangan dia mesti dia nanggis..nak2 time pepagi nak siap n petang bila balik kerja...agaknya dah seharian x kepit agaknya..tue yg nak berkepit jer...cmane gaya ibu nak masak dikkk kalau mcm tue....kalau pepagi aku nie dah mcm hape dah nak siap...mcm x cukup kaki jer...bila letak dalam playpen dia melalak plak....hai la adikk...

Lagi perkembangan adik...dia dah pandai pegang botol susu sendiri...tp kerana dek kemalasan ibu jugak yg kene pegang kan...tp skg nie dah lebih baik la, dia dah x malas mcm dulu...bile bagi jer terus pegang....bagusss dikkk....

Setakat nie tue je la yg aku ingattt.......nanti ada perkembangan terbaru aku update yer...

 nie la gambar budak betuah yg aku sayanggg.......sayang adikk n abang







Tuesday, November 20, 2012

Kisah Seorang Ibu/Isteri

Untuk para isteri & bakal2 isteri...renung-renungkan dan selamat beramal....untuk peringatan diriku juga....

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata.Hatinya
dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri. 

Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu.
Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh,sebaliknya bertambah teruk.
Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, 

si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. 
Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar,
perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat,
dia kembali pulih.
 

Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur
kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. 

Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. 
Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa.

Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.

Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, "Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar 
kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah."Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap 
dan si ibu tersentak daripada tidur.

Beberapa kali dia beristighfar…sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. 

Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu.
Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.

Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam 

mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. "Nazar apa?" tanya si anak. "Begini…
semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk 
keluar dari dunia ini selama tujuh hari.

Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan," jelas
si ibu. "Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama termenung.
"Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah si ibu. "Gali kubur? Tapi…

bukankah kubur hanya untuk orang mati?" soal si anak penuh kehairanan.

"Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, 

kau galilah semula. Insya'allah mak akan selamat," ujar si ibu selamba. Dalam
keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil 

 cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh 
 ibunya dalam liang lahad.

Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: "Ya Allah,
Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku.

Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku."
Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah 

untuk menimbus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak 
henti-henti mengalir. "Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum 
menghembuskan nafas terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.

Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si 
anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu 
merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, 
dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya Lalu dia menoleh, di dapati 
suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang.

Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat 

indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak 
apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. 
Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria.
Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: "Wahai perempuan, silakan masuk 

dan duduklah bersama kami," pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang
kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke 

taman tersebut.Dihampirinya kedua-dua wanita itu.

Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. 

Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita 
 berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang 
dipayungi burung itu. "Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?" tanyanya lagi. "Semasa 
di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. 
Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti 
mana yang kamu lihat.

Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. "Semasa di dunia," jawabnya tersekat-sekat, "aku perempuan solehah. Tidak pernah
aku melanggar perintah Allah, tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku 
meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku…maka itulah Allah jadikan 
kuburku ini tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, 
yang aku memohon ampun dan maaf." "Insya'allah," jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.
Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya.

Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan 

dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali semula selepas 
seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah 
suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya, lelaki itu pun bersuara "Dia arwah isteri saya," kata lelaki itu sayu. " Malang 
sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu. Ampunilah dia agar
arwah dapat ketenangan di sana ," jelas si ibu itu.
"Baiklah…aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,"sambung lelaki itu lagi. Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan

 yang dipatuk burung itu. "Bagaimana keadaan kamu sekarang?" tanya
si ibu itu. "Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali. (Dipetik dari kitab karangan Imam Al-Ghazali)
==============================================================================
Sabda Rasulullah saw:
"Aku melihat dalam
neraka, lebih ramai diantara ahlinya adalah wanita daripada lelaki."
Maka seorang wanita bertanya: "
Mengapa ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab,
"Mereka lebih banyak bersumpah/menyumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya. Sesungguhnya redha
seorang lelaki yg bernama suami itu sangat
penting buat seorang wanita yg bernama isteri "

Tuesday, October 30, 2012

AnaK-AnakKu DemaM, BatuK & SeLseMa

Assalamualaikum...

2 minggu lepas aku pergi ambil anak-anak aku yg dan seminggu ditinggalkan di kampung...huh teramatla rindu ngan bebudak 2 org tue..hari sabtu ptg baru aku balik kg, sbb hari sabtu tu hubby aku keje...

hari ahad malam aku pun balik ke Putrajaya dengan membawa kedua-dua putera ku...mula2 si abg memg dah mcm x sihat, hidung berair jer..alih2 adik pulak yang kene, hari isnin balik dari kerja, ammar dah panas dah...asik merengek jer, malam tue terus g klinik Harmoni kat dengkil tue....dapat ubat demam, batuk n antibiotik...mintak ubat selsema utk abg..tp doktor kata adik-adik jgn bagi ubat selsema....baru la aku tau,...

so, 2 hari la aku EL...menjaga anak-anak kesayangan aku tue...lama-lama aku yg rasa mcm nak demam, malam2 asik berjaga jer, al-maklumla asik merengek jer...abg pun sama jugak mengadu sakit kepala...
aku dah dok risau jer...kalau2 lambat nak reda....last2 aku suh hubby tanya kat MIL boleh x datang untuk tolg jaga cucunda...sbb aku dah 2 hari x keje kan...

cadangnya memg raya haji tue my MIL nak dtg...sbb kita org nak balik Jumaat....so dtg jugak la dia hari Rabu malam tue....baru la aku boleh tido sbb ammar tdo ngan tok ibu dia...


Tgok la, kesian adik masa demam tue...dgn hidung sumbat lagi....memg susah nak bernafas...


Abang pun demam jugak...tgok la mata dia yang layu tue....

Alhamdulillah skg nie mereka pun dah beransur pulih...badan dah x panas lagi....cuma tinggal adik jer yang selsema lagi sikit....senang hati bile tgok mereka dah sihat....alhamdulillah...

Monday, October 22, 2012

mOOd : HaPPY....

Assalamualaikum...

Dah bape hari dah aku x update blog..hampir2 nak terabai kamu blog...ape yg penting mood aku sgt2 happy bila dah ptg mcm nie, nak2 anak kesayangan dah kembali ke pangkuan ku...chewahhh...mcm g mane jer...

cepat la balik..x sabar nie nak mengomol dak kecik tue...tp dua2 selsema skg nie...kesian dorg...

k lah..nie entry pendek je...karang bile free aku update k...gambar2 pun dalam kamera, x transfer lagi, x seronok entry x da gambar...huhu




Wednesday, October 17, 2012

BuaT PerTama KaLinYa

Assalamualaikum...

Semalam genap umur Ammar 8 bulan...selama 8 bulan aku belum pernah berpisah dgn dia, kalau g keje tue biasa la kan...tp tido malam mesti sebelah dia...dan buat pertama kalinya aku tinggal dia kat kg minggu lepas...huhu sedihnya hati...

Rindunya kat Aidil & Ammar....rindu mulut aidil yg sgt becok tue & senyuman Ammar yg sgt menawan hatiku...chewahhh....

Pada mulanya aku nak tinggalkan abg jer kat kg..tp si abg kata kene tinggalkan adik jugak sekali dgn dia, setelah berfikir panjang n my MIL pun kata nak antar dorg hujung minggu nie aku pun bersetuju la tinggalkan mereka berdua di kampung...

Antara dialog aku dan abg aidil :-

Ibu : Abg, ibu nak bawa adik balik la, nanti ibu x da kawan...ibu nak manja2 dgn sape???
Abg Aidil : x bole...ibu manja2 la dgn ayah (huhu)

Muahhhh....sayang ibu..
x sabar nye nak gomol2 bebudak nie....

Friday, October 12, 2012

SuSu aDiK NaiK HarGa..

Assalamualaikum...

Biasanya aku shopping susu anak-anak aku kat Baby shop Batu Pahat...memg buat stok la..tp mcm mane ntah terkehabisan stok baru-baru nie..so aku suh la hubby g beli kat darussalam, sebelum nie aku penah gak survey susu dorg nie kat darussalam...biasa kalau beli kat baby shop susu adik 1.2kg = RM 54.00, lebih kurg je la ngan darussalam..

Sekali hari tue hubby beli kat darussalam korang nak tau x bape????RM 61.99 tau, boleh tahan jauh gak la beza dia...terkejut gak aku, tgok2 packing dia dah lain la..kononnya packing baru terus la naik harga...sabar je la kan..


Nie la susu ammar,ni packing baru...yg lama x sempat nak ambil gambar... biasa kalau 1.2 kg nie, bole la bertahan dalam masa dekat2 2 minggu la...dia ni kuat gak minum susu, biasanya kalau dah makan pun, dia akan menyusu gak..betul2 kenyang baru boleh tido...

Tadi baru bawak ammar g cek up, berat skg 8.8kg, misi kata dah boleh bagi makan telur, utk tgok dia alergic telor atau pun x, sebab umur setahun nanti ada suntikan, suntikan tue mengandungi telur...kalau alergic kene refer pada hospital..harap2 ammar ok lah makan telor....


Monday, October 8, 2012

JoM CuCi MaTa

Assalamualaikum....

Tajuk memg x tahan ler...macam nak g menyoping jer bunyinya....saja je aku letak tajuk macam tue, sebenarnya aku nak cuci mata dengan menepek gambo anak-anak aku la, sapa lagi kan....permata hati kami, ayah, ibu sayang kamu berdua..........

 Lama x tayang gambar abg..si abg skg nie mulut semakin banyak, akal pun makin panjang, ada jer yg nak di buatnya...yea la tahun depan dah nak sekolah dah abg...sekejap jer rasa abg dah besar, mcm baru jer rasa melahirkan dia nie...

Aku paling suke kalau dia main dalam bilik air, sebabnya adik boleh tidur dengan aman..kalau x memg kene kacau jer la,pantang tgok adik tdo mesti nak kacau...geramnya rasa...


aikk..buat ape tue????korek telinga ke abg???tgok la baju abg dah pendek dah...dah tinggi dah dia skg nie.






 Kita layan gambar adikk pulak erk.....






                                                            mmuahhhh....sayangsss......




Friday, October 5, 2012

PuRee LaGi....BrOkOLi, CaRRoT, KenTanG Dan PeaR

Assalamualaikum....

Sebelum nie aku ada buat entry pasal puree carrot kan...skg nie aku nak kongsi cara-cara buat puree brokoli, kentang, carrot & pear...sama jer caranya pun..saje jer aku nak post jugak..memandangkan ada jugak member-member yang bertanya cmane nak buat, jadi aku cite la satu2 erk...best tau buat benda2 nie...lagi2 bile budak suka makan kan..nganga je mulut dia..kdg2 tue x cukup, tp ada had jugak la bila makan tue...kang obes susah lak...aku pun baru je buat2 benda nie...sbb masa abg aidil dulu mak aku yg jaga so masak bubur hari2 la...mak aku la yg masak...

Cara-cara nak buat puree nie...

1- Mula-mula kite kupas mane yg patut dan potong2kan...jadikan size kecik2 sikit...
2- Selepas tue rebus / stim segala sayur dan buah tue,



3- Kita rebus sampai agak2 lembut la...selepas tu toskan dan tunggu sampai sejuk sikit baru blend, masa blend tue letak air jgn la byk sgt..kalau byk sgt kang cair sgt plak...agak2 boleh gerak je la..(maaf yea gambar masa proses mem"blender" x sempat nak ambik gambar....

Gambar di bawah nie adalah gambar setelah di blender......
Buah Pear
Carrot
Kentang
Brokoli
4- Setelah siap diblender, sila lah masuk kan dalam bekas kecik2 nie atau pun masuk dalam tempat buat ais tue, pastikan sume bertutup yea..baru lah rasa selamat sikit dalam peti tue..kalau x kang bercampur lak ngan lauk pauk...

yg ni dah siap masuk bekas kecik2 dan bekas ais tue, utk dibekukan....



Siap sedia utk dimasukkan dalam freezer...

5- Kalau dah betul2 beku, korang boleh kuarkan drpd kiub ais tue, dan masukkan dalam satu tupperware besar, nanti senang bile nak guna ambil jer beberapa kiub yg korang nak...

6- 2@3 jam sebelum nak dipanaskan tue kene kuarkan dulu lah bagi cair beku tue, baru senang nak panaskan,pastu aku biasa panaskan atas api kecik sambil kacau2, jgn korang tinggal lak, nanti hangit pulak...kalau nak pakai slow cooker @ microwave pun bole jugak...tapi aku lagi senang panaskan atas dapur gas jer....

Yg nie puree apple....x campur ngan bubur nasi
 7- Ok siap sedia untuk dimakan si adik...biasanya aku akan bawak 2 bekas ke rumah BS...satu breakfast dan satu lagi makan tengahari....bubur nasi pun aku puree kan jugak, tp x ambil gambar...pastu campur la bubur nasi n sayur+buah tue...

Ok lah korang, selamat mencuba yerk...kalau x faham dengan penjelasan aku yg ntah ape2 nie, korang tanya la eh..ok lah bubye...salam...




Wednesday, October 3, 2012

AkTiViTi SeLePaS PanTanG..

Assalamualikum...

Sehari dua nie aku agak bz sket...sempat jengah2 jer blog nie..x sempat pun nak update, hari nie aku sempatkan jugak la...Benda nie dah masuk 3 hari kot dalam draf jer...

Ok lah berbalik semula pada tajuk kite yer...masa lepas pantang ammar hari tue aku terus bejalan, sbb kebetulan hari last pantang tue ada lah besday abg aidil..(31 Mac 2012)...padahal baru jer 44hari tue...gatai x nak g jalan gak..huhu

Kiteorg sebenarnya layan abg aidil jer, dia sibuk sgt nak tgok burung...so pegi la ke Taman Burung KL..aidil ni pencinta binatang...x kira la binatang ape pun, memg sgt2 teruja lah...








Suka sgt tgk air kat blkg tue...


Sori la yea entry ni byk gambar jer...sbbnya aku suke tgok burung2 kat sana..cantik2 sgt..korang jamu2 la mata erk...