PENGUMUMAN!!!

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua, kami telah berpindah dari
Putrajaya ke Batu Pahat, Johor.

Perniagaan online kami masih beroperasi. Bagi pelanggan yang berada di luar kawasan Batu Pahat, Johor kami juga menyediakan perkhidmatan pos (Citylink) kepada tuan/puan.

Sekian, terima kasih.


Kami menjual barangan baby terpakai seperti baby carrier, car seat,stroller,buggy,baby cot, buaian, walker, playpen dan macam-macam lagi barangan keperluan baby berjenama..Selamat mencuci mata..terima kasih..

Boleh hubungi saya sekiranya berminat: 012-7432382 Aida...(whatsapp / telegram / sms / call)

COD Batu Pahat, Johor
Perkhidmatan penghantaran / pos juga disediakan...(harga tidak termasuk kos penghantaran / pengeposan)...tq

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENCARI ITEM YANG MASIH AVAILABLE.....TQ

ABC Design (1) Aidil (4) Ammar (7) Available (11) Baby 1st (2) Baby Ace (1) Baby Carrier (18) baby chair (4) Baby Club (1) Baby Cot (194) Baby One (2) Baby Shield (6) Bassinet (2) Bebe Confort Loola (1) bonbebe (4) Boori Country (1) Britax (3) buaian (18) buggy (8) Capella (12) Car Seat (31) Cars (1) Casatto (1) chicco (2) CHILDCAR (1) Combi (7) cosatto (1) Cosco (2) Creative Baby (1) Eddie Bauer (1) fisher price (3) Freestar by bonbebe (3) Ganen (1) Gelite (1) Gelongsor (2) Geoby (1) Good Baby (1) Graco (1) Grow n Up (2) high chair (2) horse (1) Ibu (1) Ikea (6) Jalan (1) Katil Baby (194) Katil Dewasa (1) Katil Kanak-Kanak (3) Kayu Jati (1) kayu solid (2) kek (1) kerusi (4) kerusi malas (1) Kerusi Set (1) kesihatan (1) Kesihatan Ammar (1) Kraft (1) kuda (2) Latido (3) Lelong (6) Lerado (1) Little Bean (1) Little Tikes (7) Looney Tunes (1) Lucky Baby (9) Maclaren (1) mainan (2) Makanan (1) Mamalove (24) maxi cosi (7) Meja (5) Meja Kopi (1) Meja Makan (1) Meja Santai (1) Moksu (1) Mothercare (8) Mucci (1) peg perego (2) Peg Perego Pliko P3 (1) pengajaran (3) Pengalaman bersalin (2) Perasaan (1) Perkembangan Ammar (2) Playgym (1) Playpen (4) Playskool (7) PUKU (1) Puree (2) Quinny (1) Rocker (3) Rosewood (2) Safe N Sound (2) safety 1st (4) Safety Fits (2) Safety Gate (1) Scooter (1) sekolah (1) Silver Cross (2) Simple Dimple (1) Sofa Bed (1) Sold (344) step 2 (5) stroller (37) Sweet Cherry (2) Table Picnic (1) Taman Botani (1) The First Years (1) Toys (10) van (5) Walker (16) Zoo (1)

Usia anak-anak ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, July 15, 2011

TiPs TiPs...

Salam dan hai,

Tip Cinta Untuk Merapatkan Hubungan Suami Isteri.

Ni adalah beberapa tips yang hendak saya berkongsi bersama rakan2 semua, mungkin ada yg telah membacanya..Tips cinta suami isteri

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.

* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \ menyara keluarga.

* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi.

2 comments: