PENGUMUMAN!!!

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua, kami telah berpindah dari
Putrajaya ke Batu Pahat, Johor.

Perniagaan online kami masih beroperasi. Bagi pelanggan yang berada di luar kawasan Batu Pahat, Johor kami juga menyediakan perkhidmatan pos (Citylink) kepada tuan/puan.

Sekian, terima kasih.


Kami menjual barangan baby terpakai seperti baby carrier, car seat,stroller,buggy,baby cot, buaian, walker, playpen dan macam-macam lagi barangan keperluan baby berjenama..Selamat mencuci mata..terima kasih..

Boleh hubungi saya sekiranya berminat: 012-7432382 Aida...(whatsapp / telegram / sms / call)

COD Batu Pahat, Johor
Perkhidmatan penghantaran / pos juga disediakan...(harga tidak termasuk kos penghantaran / pengeposan)...tq

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENCARI ITEM YANG MASIH AVAILABLE.....TQ

ABC Design (1) Aidil (4) Ammar (7) Available (11) Baby 1st (2) Baby Ace (1) Baby Carrier (18) baby chair (4) Baby Club (1) Baby Cot (194) Baby One (2) Baby Shield (6) Bassinet (2) Bebe Confort Loola (1) bonbebe (4) Boori Country (1) Britax (3) buaian (18) buggy (8) Capella (12) Car Seat (31) Cars (1) Casatto (1) chicco (2) CHILDCAR (1) Combi (7) cosatto (1) Cosco (2) Creative Baby (1) Eddie Bauer (1) fisher price (3) Freestar by bonbebe (3) Ganen (1) Gelite (1) Gelongsor (2) Geoby (1) Good Baby (1) Graco (1) Grow n Up (2) high chair (2) horse (1) Ibu (1) Ikea (6) Jalan (1) Katil Baby (194) Katil Dewasa (1) Katil Kanak-Kanak (3) Kayu Jati (1) kayu solid (2) kek (1) kerusi (4) kerusi malas (1) Kerusi Set (1) kesihatan (1) Kesihatan Ammar (1) Kraft (1) kuda (2) Latido (3) Lelong (6) Lerado (1) Little Bean (1) Little Tikes (7) Looney Tunes (1) Lucky Baby (9) Maclaren (1) mainan (2) Makanan (1) Mamalove (24) maxi cosi (7) Meja (5) Meja Kopi (1) Meja Makan (1) Meja Santai (1) Moksu (1) Mothercare (8) Mucci (1) peg perego (2) Peg Perego Pliko P3 (1) pengajaran (3) Pengalaman bersalin (2) Perasaan (1) Perkembangan Ammar (2) Playgym (1) Playpen (4) Playskool (7) PUKU (1) Puree (2) Quinny (1) Rocker (3) Rosewood (2) Safe N Sound (2) safety 1st (4) Safety Fits (2) Safety Gate (1) Scooter (1) sekolah (1) Silver Cross (2) Simple Dimple (1) Sofa Bed (1) Sold (344) step 2 (5) stroller (37) Sweet Cherry (2) Table Picnic (1) Taman Botani (1) The First Years (1) Toys (10) van (5) Walker (16) Zoo (1)

Usia anak-anak ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 26, 2012

PuRee UnTuK aDiK

Assalamualaikum...

Semenjak Ammar dah mula makan nie, aku kene la susun jadual balik semula, memula tue aku buat bubur dia 2 hari sekali...tp bile x sempat tue yg jadi masalah...biasanya kene la sempatkan jugak demi anak kesayangan...bile aku buat bubur utk Ammar mesti Aidil pun tumpang sekaki...sebab dia adalah penggemar bubur..

Jadi aku pun selalu google la kalau2 ada cara yg lebih cepat utk buat bubur nie...aku pun try la buat puree tue,..memg senang la time nak makan kita kuarkan la dr freezer tue...biasanya aku akan panaskan sekejap sebelum bawak ke rumah BS...senang nanti dia terus bagi je...

Selalu aku buat puree carrot, sawi, brokoli n bayam...hr nie aku nak try buat labu pulak...bg tukar2 selera kan...

Mula-mula potong carrot jadi bulat2 mcm nie
Rebus sampai agak2 empuk...kalau nak stim pun boleh..
Setelah diblend, masa blend tue letak air sikit jer..
agak2 blend tue boleh bergerak jer..

Bila nak makan, kuarkan dr peti dan biasanya sebelum g umah BS aku akan panaskan dulu dalam periuk kecik nie...yg hijau tue sawi, oren tue carrot dan yg putih tue bubur nasi...

**semalam aku try buat bubur nasi + labu +carrot...laju jer adik makan...geram tgok dia makan...makan byk2 yea dik, bertambah semangat ibu nak buat puree adik...

Tuesday, September 25, 2012

PeRKemBanGaN AmMaR

Assalamualaikum...



Hai korang ape kabar hr nie????sihat???aku alhamdulillah sihat bersama-sama insan tersayang...hehe, jom kite tgok ammar dr baby hingga la skg (7 bulan)...saje nak imbas kembali waktu adik ammar baby2...

3 hari selepas dilahirkan...
SeBuLaN
2 Bulan
3 Bulan - pandai hisap puting..hehe
4 bulan
5 bulan -  br pandai meniarap...


 6 Bulan - pandai maju ke hadapan
7 Bulan - mengangkat badan dan punggung
Paling suka naik walker...nampak tue tersengih jer...
**ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Ilahi walaupun Ammar dilahirkan pra-matang tp dia diberi kesihatan yang baik olehNYA...

CuTi MeRDeKa

Assalamualaikum...

Baru nak update pasal cuti hari kemerdekaan...hehehe..sgt lah dah basi, memandangkan mood nak update br ada semenjak dua nie...so memg byk la yg tertangguh..mana yg aku ingat je la yg aku update dulu...masa hari merdeka tue ada pak cik hubby dtg ke KL so datang Putrajaya sekali la...beraya kat umah aku n jalan2 area2 sini..

Kita org g kat Masjid Putra tue je..pastu g Souq tue...ada tragedi lak kat situ..huhu, abg aidil telah tergolek masa kat eskulator, nasib baik ada sepupu hubby kat belakang tue sempat sambut dia, kalau x sampai bawah la dia tergolek..sian dia...tue pun dah 4 @ 5 anak tangga dia golek..Berderau jantung aku, hubby dah jalan depan sambil pgg Ammar...aku plak tgah tolak stroller...

Mcm biasa la aku mesti nak tepek gambar kan, kang bosan pulak korang kalau x da gambar...

Aidil, Ammar n sepupu hubby
Bersama budak montelll.....
Yang x da rambut tu la pak cik suamiku...
makcik suami n sepupu2nya...
pakcik + makcik
ibu + adik..tp muka adik x nampak...
Sekian sahaja lah cerita hari merdeka tempoh hari...

..TeRaSa RinDu..

Assalamualikum...

Salam petang isnin sume....ape aktiviti korang minggu lepas???aku balik kg sbb dah sebulan x balik..memg terasa lama sgt x balik, sbb kiteorg nie biasa 2 mgu sekali balik...jrg la sampai sebulan...

Balik kg pun sbb nak ambik aidil, mgu lepas dia ikut MIL balik kg...so kne la ambik, aku dah kesunyian n rindu sgt kat mulut dia...kalau dia ada x lah sunyi sgt, ammar pun x da la asik nak nanggis je kalau ada abg dia...

Hari nir plak tetibe rindu sgt kat mereka berdua tue...padahal ada je kat umah pengasuh tue, balik kan bole jumpa aida oit...rasa mcm nak cuti lama2 je dok umah...bole gitu???lagi2 ammar tu tgah batuk n selsema..sian plak tgok dia..nasib baik x demam..kalau demam dah sah2 la aku cuti kan....

Penghibur hati ibu....
**sayang sama kamu....:) semoga kamu berdua jadi anak yg soleh yea....


Saturday, September 22, 2012

..WeDDinG MoKsU..

Assalamualaikum...

25 Ogos 2012 adalah tarikh penting bagi adik ku..."SELAMAT PENGANTIN BARU" buat adikku dan suaminya....semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa...

Selepas majlis akad nikah....


Tema dia ni ala-ala maroon, tp aku tgok mcm lebih kurg aku jek baju dia warna merah...alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar...walaupun agak kelam kabut kan, maklum je lah majlis kawen memg mcm tue la biasanya...

Malam tue hujan dengan selebat-lebatnya, dalam hati dah risau jugak la...sampai ke pagi tau hujan...tp alhamdulillah dalam pukul 9.00pagi hujan pun dah berhenti...

Tgok lebih kurg sama je warna baju tue...cume baju aku agak terang sikit kot...
**ape2 pun tahniah la utk korg berdua yea...cepat2 la bagi Ammar kawan....huhu

...AiDiLFiTRi 2012...

Assalamualaikum...

Walaupun Aidilfitri dah berlalu , tapi aku baru terhegeh-hegeh nak bercerita pasal Hari Raya. (x pe kan korangg...hehe)..Tahun ni aku beraya di rumah mertua ku di Taman Flora Jaya, Batu Pahat, Johor. Al-maklumla kan sistem bergilir kan..keadilan harus diutamakan..huhu

Untuk raya tahun nie kami memilih tema hitam....hitam menawan..hehe, biar gambar yang berbicara k...

Family sebelah hubby....aidil tutup muka pulak...

Kami Sekeluarga....

Adik-adik iparku & anak-anakku....

Anak sulungku....Muhammad Aidil Iskandar
(org sibuk beraya dia sibuk menyapu...huhu)

Anak keduaku...Ammar Rizqie

Ammar di rumah yoyot....nenek hubby

Adik pakai songkok abang

Kami bertiga...adik di dalam..sebab panas sgt waktu tue...

Di rumah mak cik hubby (mak uda)


Di tepi sungai..
Ibu & Ayah
 
Ibu & Abang


Ibu & Adik


Alhamdulillah raya tahun nie pun dah habis...insyALLAH semoga jumpa lagi di tahun hadapan...gambar banyak sebenarnya dalam kamera,tp kalau semua nak masukkan memg jenuh jugak...so gambar nie yg dapat diabadikan dalam blog kesayangan ku nie...

**Semoga korang happy yea dgn gambar-gambar yg aku sajikan nie....heheheh

Thursday, September 20, 2012

UTC oH UTC....

Assalamualikum...

Skg sume tgah bz pasal UTC...x berapa sempat nak update blog hari nie...lain2 kali aku update yea...bye sume..

AYAH dan SUAMI !


Assalamualikum...

Jom sama-sama kite share...

Untuk renungan seorang AYAH dan SUAMI !

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

PenGaLaMan MenGanDunG DaN MeLahiRkan PuTera KeDua Ku...(PaRt LaSt)

Assalamualikum....

Korang sume ni adalah part last dalam kisah nie..aku nie x berapa pandai nak berpart-part sgt...hehehe, terima lah seadanya k...

16 Februari 2012 (Khamis)

7.30 am - pagi2 lagi aku dah berada di klinik utk check up...seteleh test urine n HB, aku kene jumpa doktor, sbbnya nak scan n cek temujanji utk jumpa doktor pakar di KKP9,disebabkan aku ada kencing manis kan tue yg kene jumpa doktor pakar..

Aku tanya la dgn doktor kalau 34weeks nie memg sakit2 perut ke??dia pun cek la perut aku...bila dia pegang2 tue dia kata baby x masuk jalan lagi...mungkin tgah cari jalan utk keluar tu yang sakit2 tue....ooo, aku pun bajet dalam 2 @ 3 minggu lagi mungkin besalin la...dah siap2 set tarikh doc pakar sume aku pun balik la opis...

Sampai2 kat opis memg ada rasa ketidakselesaan dgn perut yg besar nie..tp bt x tau jugak lagi sbb doc kata x masuk jalan pun lagi kan...

12.30pm - tgahari pulak aku n member2 opis pakat nak g Hospital Putrajaya sbb ada sorang member tue besalin 14 Feb 2012, tapi disebabkan ceaser tue yg lama sikit kat hospital...kite org pun pegi la melawat dia..balik singgah kat Teja, sempat lagi aku makan nasi ambang...huhu

2.30pm - seperti biasa la waktu ni adalah waktu aku solat kat opis...masa ni perut pun ada sakit2 la jugak..tp still nak buat x tau jugak sbbnya due aku 30 Mac 2012...lama lagi kan...lagi pun baru 34weeks (masa nie lupe plak yg aku ni ada sejarah besalin awal)...tp hati dah x sedap jugak masa nie...kol2 hubby ckp ngan dia jgn pegi kerja luar bt masa skg nie...kang kalau aku nak besalin payah lak kan dia x da...

3.30pm - ok yea korang...start pukul 3.30pm nie aku dah rasa 10minit sekali sakit tue dtg, tp aku still x nak g hospital...sbb x da tanda lagi masa tue....member opis pun dah ada yg tegur, katanya muka aku dah merah padam (mesti masa dia terpandang aku tue aku memg tgah sakit menahan)...memg dah x selesa nak duduk...senget sana, senget sini,...ada jugak la yg offer nak hantar pg hospital..tp aku tetap x nak (degil kan aku)...aku gagahkan jugak sampai waktu balik...

5.00pm - aku masih drive lagi waktu nie utk sampai ke rumah...dalam hati berdoa supaya tiada apa2 yg berlaku semasa aku tgah drive tue...dgn bawak kete manual lagi, terkial2 jugak la...terbongkok-bongkok bagai sambil bawak kete....sampai je terus ambil aidil dulu...ckp ngan mama dia akak nie mcm sakit perut tp x tau la nak besalin ke ape...tp masa tue aku dah sakit sgt sebenarnya...terus kol hubby kata balik cepat sikit, dia pun x bole nak ckp sampai kul bape...aku pun ckp la aku ni nak besalin kot, dia suh aku drive g hospital dulu,,,tp aku memg x da kekuatan nak drive dah masa tue....sakit yg teramat sgt dah....

6.00pm - masuk je dalam rumah aku terus terbaring atas sofa dgn baju kerja sume...sempat buka tudung jek...aku pun ngadu2 dgn aidil...sakitnya perut ibu, ape la yg dia faham kan...tgok je la..nak bantu pun dia x tau...aku cuma minta tolg dia ambilkan air je dalam peti ais....

6.30pm - waktu yg ditunggu-tunggu telah pun tiba, hubby aku sampai tepat pd waktunya...pada hal selalu dalam 7.30pm baru sampai....aku suh dia cepat2 siap sbb aku rasa memg aku dah x tahan sgt, dia kata nak call ambulan, aku kata x payah la..aku memg sgt2 dah x tahan nie...dia suh aku solat asar dulu, tp seriously aku memg dah x bole nak buat ape2...nak jalan pun x bole dah...jd dia pun solat asar dulu...siap je trus pegi...aku pun tukar kain batik n t-shirt, disebabkan aku pakai t-shirt pendek so hubby sauk la sweater tuk aku pakai...hubby pun laju je la bawak kete n pasang lampu emergency...dalam kete nie dah baca mcm2 dah...sakit yg teramat sgt..mcm nak sepak2 je rasa...

6.45pm - sampai jugak di Hospital Putrajaya..terus ke Dewan Besalin....waktu ni sakit jgn ckp la, nurse suh aku kencing dulu sbb nak cek urine la kan, aku ckp aku memg dah x bole bgn nie...dia kata dah nak teran ke????aku pun iyakan la..kelam kabut dia panggil doktor...doktor cek tgok2 kepala dah nampak...

6.50pm - sume tolak katil ke Labour Room....huh, memg sangat pantas kejadian tue,...tudung, sweater, cermin mata sume x sempat nak bukak...sume kelam kabut pasang benda yg berbagai2 tue...dah waktu tue jugak la aku dah x tahan nak teran...dgn 2x teran ALHAMDULILLAH pada jam 6.52pm aku selamat melahirkan seorang lagi PUTERA...seberat 2.3kg....syukur yg tidak terhingga pada NYA.....(baby aku ni dikira pra-matang sebabnya besalin di usia kandungan 34 weeks...lebih kurg je masa abg aidil dulu 35 weeks)...so lepas nie kalau ada rezeki mengandung lagi memg kene pastikan prepare awal2, ada kemungkinan sama jugak awal....

Jom kita layan gambar pulak....

Setelah 4 hari dilahirkan barulah ibu dapat pegang 
kamu.....Alhamdulillah Ammar sihat 
walaupun lahir awal...




Alolo...dah nanggis nak susu...
.masa nie dia baru-baru pandai hisap sendiri....
Baru lepas mandi....tq nurse mandikan saya...



Alhamdulillah..kini Ammar sudah pun 7 bulan...dan membesar dgn jayanya....terima kasih sume di atas doa2 yg kalian berikan...

p/s : jgn marah yea dgn entry yg agak panjang nie...nak baca boleh x nak baca pun x pe :)...insyALLAH akan update lagi pasal perkembangan Ammar....

PenGaLaMan MenGanDunG DaN MeLahiRkan PuTera KeDua Ku...(PaRt II)

Assalamualaikum....

Bersambung semula pada cerita pengalaman nie...

Masa alahan tue memg agak teruk jugak la...satu hari ada la dalam 5-6 kali muntah, bile makan je muntah...memg x tahan la....yg mampu hanya baring saje...x hirau pasal rumah...abg aidil pun membawa diri sendiri jek...

Kalau bab masak pulak hubby yg tolong masakkan, sbb aku nie memg x bole bau myk makan...sgt2 la pening..tp bile kandungan masuk usia 3 bulan, alhamdulillah semakin ok...syukur pada mu YA ALLAH...

Start drpd tue sumenya dah kembali normal...baby semakin hari semakin membesar dgn jayanya...

Masa usia kandungan 28weeks tu aku kene bt MGTT disebabkan berat badan aku naik byk waktu tue....nak x nak kene la jugak minum air yg sgt manisss tue.....wekkkk...
Redha je la demi baby tersayang nie.....

Waktu ni usia kandungan lebih kurang 33weeks
Yang ni gambar tunjuk muka sahaja...see tembam kan...huhu
Bersama BFF ku.....zalina, saje dtg umah dia sbb dia dok Kedah tue...tue yg bile dia balik jer, kalau ada kesempatan mesti jumpa....miss u...tgok la si zhariff tue,dia pulak yg nak snap gambar...


Gambar di atas tue sume sewaktu mengandung....x byk pun gambar masa preggy...

Berbalik semula pada tajuk k...

15 Februari 2012 (Rabu)

Masa ni aku masih ikut lagi hubby pegi main futsal seperti biasa dengan abang aidil...tp ada jugak rasa sakit perut tue,memg agak dah x selesa la..tp aku rasa mcm sakit biasa je, x da la mcm nak besalin tue...so buat x tau je la...seperti biasa la balik dr main futsal singgah makan...sbb lepas maghrib tue aku x makan...kan kene puasa nak buat BSP....aku ada kencing manis masa mengandung tue...

**akan bersambung sebentar lagi yea di part lasttt..........ada keje jap...

Tuesday, September 18, 2012

PenGaLaMan MenGanDunG DaN MeLahiRkan PuTera KeDua Ku...(PaRt 1)

Assalamualaikum....

Walaupun dah 7 bulan masa berlalu & dah ramai pun yg tau pengalaman aku nie tp aku tetap nak mengabadikan jugak pengalaman mengandungkan dan melahirkan Ammar dalam blog kesayangan aku nie...just utk kenangan di suatu masa nanti...semoga bila anak-anak ibu dah besar nanti boleh la baca kenangan-kenangan ibu mengandung dan melahirkan kamu...

Sebaik sahaja aku disahkan mengandung pada 29 Julai 2011, aku rasa amat bersyukur sgt...ALLHAMDULILLAH masih diberi peluang utk merasai nikmat mengandung dan melahirkan...ingat lagi masa buat UPT tu adalah hari temujanji hubby untuk bt pembedahan cabut gigi geraham yg 4 btg tue....(memg aku ambil cuti masa hari tue)...

So bermulalah sesi mabuk-mabuk nie...huhu, sedihnya bile mabuk nie...alhamdulillah dapat rasa mcm mane mabuk nie...sama jugak masa abg aidil dulu...tp yg agak bezanya, tahun tu hanya dapat puasa sehari sahaja...berbanding masa abg dulu hanya tinggal 10 hari...

Sampaikan rasa nak cuti tanpa gaji sekiranya alahan tue x elok jugak...bole dikatakan masa bulan Ogos hanya beberapa hari sahaja datang kerja...yg lain CR dan juga MC....sehingga la menjelang September (selepas Harri Raya) alhamdulillah alahan beransur pergi, hari raya pertama dah boleh makan ketupat...

**akan bersambung di part seterusnya...tungguuuuu yea.....



Friday, September 14, 2012

KeMBaLi AkTiF....

Assalamualaikum.....

Salam Jumaat & Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin **masih dalam bulan syawal lagi kan...hehe**
Rasanya memg dah terlalu lama x update blog nie, sampai dah x tau nak mula kan cerita dr mane..Semenjak mengandungkan Ammar lagi aku dah x aktif berblogging nie, al-maklumlah alahan yg agak teruk membuatkan aku malas sgt2 utk mengupdate blog nie...

Pertama-pertamanya aku nak memperkenalkan ahli baru keluarga kami.....sape lagi kalau bukan budak bam bam nie....

Masa nie Ammar dah sebulan...
Nama : Ammar Rizqie bin Mohd Suffian
Tarikh Lahir : 16 Februari 2012 jam 6.52pm
Tempat Lahir : Hospital Putrajaya
Berat Masa Lahir : 2.3 kg

**Nie entry warming dulu....insyallah aku akan kembali aktif, memg byk sgt nak cite, pengalaman besalin kali ke 2, hari raya dan mcm2 lagi la....

Ok lah...sampai sini dulu bt kali nie....